Jum Follow

Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

01 May 2012

Angin Petang....

Assalamualaikum...
Rasanya dah lama sangat tak update blog ne..
Tak ade crite menarik cam blogger2 lain...
Petang ne niatnya nak siapkan semua laporan yg masih 
terbengkalai mcm rumah terbengkalai tu..
Duduk kat rumah depan ne..bukak tingkap luas2...bagi angin luar masuk..segar..
cuaca tak berapa terik tapi masih rasa bahangnya...mcm mendung2 sikit...
eh langsir ne diterbang2kan dek angin....
slowkan volume kipas dari 3 kepada 2 je...ok dah rilex..tenang...

1 May 2012 bulan kesembilan...
Hati ne mcm xberapa happy tp kire okey la..
Duduk sorang2 ne rasa lagi tenang...
Bukan marah kat sapa2 tapi cuba fhm diri sendiri...
Knp nak harapkan org lain buat kite gembira...
Make it by myself...
Cara ne buat diri lebih tabah...
Tak perlu harapkan sesiapa...
Satu hari nanti kalau xde sapa pon kt sebelah kite..
Insyallah diri ne xperlu menangis harapkan simpati org lain...
Insyallah boleh bangun sendiri walaupun takde sesiapa beri bantuan...

Mintak Allah berikan kekuatan selagi diri ne dipinjamkan nyawa..
Untuk teruskan hidup akan datang...
Tak perlu org lain sedar kehadiran kite...
Cukup kalau org sedar bila kite xde...
Dan sentiasa ingat kite dalam setiap doa-doanya...


Wasalam....


27 March 2012

Mula dan Akhir

Semoga apa yang bakal berakhir memberi kebaikan kepada semua pihak..
Amin...

08 March 2012

Done with smile :)


Alhamdulillah dah selesai assesment kami..
Markah adalah rahsia...hanya diberitahu antara 80 hingga 90 markah :)
Walaupun sebelum tu rasa mcm2 perasaan yang xbest
Sampai terlupa segala jenis Seksyen dan Peraturan..
Tapi segalanya dapat diatasi...hehehe

Selesai sudah dan sekarang masa untuk cyapkan segala report 
dan juga kajian sebelum tamatkan praktikal yang berbaki 35 hari lagi (^_^)v
To all kawan2 yang bantu....thanks soo much...

Assalamualaikum :)


01 March 2012

Hello 1st March 2012


sUka Duka KaMi sElaMa 7 BuLaN :)
sEmOGA huBunGan InI kEKal SelAmanYa...
Amin..
Safwan Muhammad Faiz ThAnks FoR eVeryThiNg


Wasalam...

27 February 2012

Hari ini dalam sejarah..

Hari ne dalam sejarah rasanye dah xboleh nak sabar dgn perangai orang yang asyik menyalahkan orang lain sedangkan kesilapan tu berpunca daripada diri sendiri. Hari ne jgk rasanya badan menggigil mcm nak lempang orang. Hari ne jgk rasanya segala kesabaran dah habis dan tiada lagi kata-kata yang boleh di ucapkan selain perasaan KECEWA yang teramat dalam. Hari ne jgk start untuk teruskan semuanye dgn cara kau kau, aku aku. Hari ne jgk rasa xperlu aq berckp banyak sebab kau kan memang sentiasa betol. Hari ne jgk aq terasa yang susah rupanya untuk kau ingat budi orang lain. Aq akan ingat semua yang kau cakap. 
Hari ne kau dah berjaya ubah semuanya yang aq pertahankan
Teruskan semuanya asalkan kau happy.
Terima kaseh..sahabat..


sejuk hati bile tgk gambar Afiq...
Aunty rindu Afiq dah ne..huk3...



Wasalam..

Tak Suka Tak Apa

Assalamualaikum
Ilmu itu perlu dicari, bukan menunggu orang lain memberi..
Kesabaran setiap orang ada had nya :)
Tolong jangan uji kesabaran saya..
Sekian...Terima Kaseh..

Wasalam...

24 February 2012

Dear Nazliza Barkawi,

PLEASE BE MORE UNDERSTANDING :')

Wasalam...

07 February 2012

Agar-agar bandung + Ayam Ungkep

Assalamualaikum...
Masih dalam mood bercuti walaupun Rabu dah kene naik kerja :)
Happy Thaipusam untuk semua yang beragama Hindu..
Entry kali ne sbnarnye berkenaan dgn makan makanan &dimakan.. :p
Hari Ahad lepas teringin sangat nak buat Agar-agar bandung..
Tu pon gara-gara terjumpe dalam blog jgk..nampak sedap so nak try jgk..
Dgn cuaca yang agak panas + terlebih masa sampai xtaw nak buat ape.
And actually aq bleh hilangkan stress bila duk dapur & start memasak..

Pertama kali cube, nak kate sedap sgt xla, nak kata xsdp pon xla..huk3...
Bak kata ayah kalau cukup manis & lembut & sejuk dah bleh kire sedp la..
nama pon try kan..xkan la tetibe je sedap xhingat dunia rasanye..hehehe
So nak share resipi...pada yang nak cube bleh la yer...
Xsusah & yang pling penting kene sukat air dgn betul..
sbb tkot terkeras atau tercair
kang bleh plak agar2 tu bling kat dinding or makan gune straw..hehe

Bahan-bahan :
* Sepeket agar-agar (12gram)
* 1/2 cawan gula
* 4 cawan air
* 1 cawan susu cair
* Sirap ros

Cara-cara :
* Masak agar-agar dengan air sampai cair
* Masukkan gula pasir + susu + pewarna (ikut suka nak pekat mana)
* Kacau hingga sebati, matikan api
*Sejukkan pastu dah boleh potong & ngap ngap..hee

Hasilnye :

Tapi rasanye mcm nak try lagi skali..but tambahkan cincau... :)
Best kot...heee...


Sambung cerita petang tadi tgh best2 online..tetibe ayah panggil...
So terus menoleh ke belakang dan terus bertanya dengan tanda tnya..
Kenapa ayah???? kenapa ayah????
Ayah pon berkata ayah dah sembelih ayam kampung tu..
air panas ayah tengah jerang, nnti dah masak rendam ayam tu
pastu cabut sekali bulunye... erkkk...urmmm... -_-''
nampaknye terpkse kluarkan balik skill mencabut bulu ayam
ketika zaman kanak-kanak dulu...dah bertahun dah xbuat keje ne..
Siap je sume tu ayah kata masak la ayam ungkep...

Wahh...expressnye ayah saye ne...
Xsempat pon ayam tu masuk dlm peti ais...
So sediakan la bahan-bahan yang diperlukan...
Ade yang tak tau ke ungkep tu ape??
heee...kalau org tnye sye pon xtaw nak ckp ape..
jawapan pling best RENDANG JAWA....
sesuka suki je nak bg nama resepi tu..hehe
eHH..teringat En.Abg plak bile nak masak ayam ungkep ne..
Awak2 dtg umah ea, nnti sye masakkan awak cm aritu...hee
Ok la ne nak share resipi...

Bahan- bahan :
Bahan A
Ketumbat + Jintan manis
Bwg merah + Bwg putih + Halia + Kunyit + Cili padi +Serai

 Bahan B

Bahan C 
*Garam
*Ajinomoto
*Asam keping
*Gula
*Daun kunyit


Cara-cara :

*Blenderkan semua bahan A then tumiskan sampai kuar minyak :)
* Lepas tu masukkan la ayam kampung tu...
*Gaulkan sampai semua ayam sebati dengan rempah tu..
* Nanti ayam ne akan kuarkan air sendiri...
*Tambahkan sedikit air untuk biarkan ayam lembut...
*Tutup ayam tu sekejap sebb ayam kampung ne liat yer..
*Agak2 dah lembut boleh digigit tu masukkan la bahan C
*Rasa sesedap tekak masing2...hehe...

Tumis2kan rempah tu....

Masukkan ayam kampung tu :D

Akhirnye
Ne la hasilnye...
(^_^)

Ok lah, tu je nak share untuk hari ne... :) 
SELAMAT MENCUBA la yer....


Bubye
Wasalam....



04 February 2012

Masanya sudah tiba :)

Masanya dah tiba...urmm yang pasti bukan masa untuk kawen yer :p
Masa untuk menyiapkan segala kerja serta laporan2 yang tertunda setelah sekian lama. 
Kalau nak di senaraikan wahh byk lagi yang belum siap.
Tuntutan sebagai seorang pelajar pastilah menyiapkan semua tugasan
sebelum habisnye waktu praktikal pada 27/4/2012 ne.
Alhamdulillah lebih kurang 6 bulan dah praktikal.
semoga ilmu yang dipelajari dapat digunakan masa bekerja nanti..

Terasa nak senaraikan semua perkara yang perlu 
dan wajib, harus serta mesti diselesaikan sebelum praktikal berakhir :-
siapkan laporan semua unit
pastikan buku log bercop & bertanda tangan (kaki xditerima)
pastikan diari harian lengkap dan cukup sampai akhir nnti 
dapat terangkan prosedur jika di minta oleh lecturer
faham cara menyiasat kes penyakit berjangkit
faham bila disuruh untuk terangkan borang siasatan kes
meneruskan kerja2 untuk melengkapkan kajian kesihatan persekitaran
pastikan hadir setiap hari hingga akhir praktikal
hantar laporan sebelum hari akhir praktikal di PKD KLUANG

Buat masa ne, mungkin ini je la yang tersenaria dalam carta..
Papepon akan di update setiap minggu :)
Insyallah semuanye berjalan lancar sampai la akhir nanti..
Amin..

Bekerja dengan berbaju kurung sbb ade sambutan Maulud Nabi
Kalau x beruniform sahaja (^_^)

p/s : Jangantangguhkerjasebabakhirnyaiaakanmenyusahkandirikitasendiri
p/s : bermulahariinidahbolehbelajarmasakmakanankesukaanencikabang:)



11 December 2011

Responsibility as a Health Inspector :)

Assalamualaikum....

Huk2....responsability....bila berckp pasal tnaggungjawab...
Kadang2 benda yang kite xsanggup nak buat pon kite kena jgk buat...
Contohnya....TIKUS...sape suke Tikus sila angkat kaki...
Aq xsuke...bukan benci...tapi geli....sbb ekor die panjang..hehe... =_=''
normal kan...sbb memg pmpuan selalunye xsuke tikus... (backup diri sendiri)

Tugas kitorg adalah menyikat bulu tikus..
mungkin anda tertanya2 kenapa tikus, 
kenapa bukan kucen, arnab, kambing atau lembu Pak Mat.
Jawapannye sbb tikus ne bwk penyakit Plague..
Ade flea kat badan die.. name flea tu Xenopsylla cheopis...

Sejujurnye xsampai hati nak bunuh tikus ne
Sbb die kecik je...die comey...
tapi die bahaya...huhu..
sorry baby tikus..
sye terpaksa pengsankan awak...
tapi sbnrnye mesti awak mati kan...
=_=''

Klorofom untuk pengsankan tikus.. 


sikat bulu tikus untuk tahu indeks flea


sikat lagi sampai jumpe flea...


so sorry baby tikus...
awak comel.. :)

Wasalam...

p/s: abaikan mata sepet tu..


22 November 2011

Malaysia vs Indonesia

Semua orang nak update pasal bola semalam kan...
Fesbuk pon camtu..blog pon lebih kurang sama jgk.. :P
Rata2 boleh dilihat ade je yg kutuk sana kutuk sini..
Yang Malaysia mengutuk Indonesia 
Yang Indonesia nyer pon 2x5...
Tapi bila lagu2 dari seberang sana berkumandang
Ramai jgk rakyat Malaysia kite yang join nyanyi sama...
heee...tepuk dada tanya hati...
Biasa la kan...
game...adat la menang dgn kalah..
klau due2 nak menang ape kes plak...

Disebabkan aq ne berdarah 50-50 Malaysia Indonesia
So atas pagar jela..
Papepon Tahniah MALAYSIA.. (^_^)

Wasalam...

p/s: xtgk pon bola semalam sbb berada kt hutan menadah kaki untuk digigit oleh nyamuk2...


15 November 2011

Suka * Sayang * Cinta

Saat kau MENYUKAI seseorang,
kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, 
kau ingin sekali membuatnya bahagia 
dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, 
kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
---------------------------------------------------------------------------------------

SUKA adalah saat ia menangis, 
kau akan berkata 
"Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan
 kau akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu dan berkata, 
"Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "
---------------------------------------------------------------------------------------

SUKA adalah saat kau melihatnya,
kau akan berkata,
"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya,
kau akan melihatnya dari 
hatimu dan bukan matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."
---------------------------------------------------------------------------------------

Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mahu lagi berbicara dengannya.

Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,
engkau akan menangis untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,
"Tak apa dia hanya tak tau apa yang dia lakukan."
---------------------------------------------------------------------------------------

Pada saat kau suka padanya, 
kau akan 
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, 
kau akan 
MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.
---------------------------------------------------------------------------------------

SUKA adalah kau akan menemaninya 
apabila itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya 
disaat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya
walau bagaimana pun keadaanmu.
---------------------------------------------------------------------------------------

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela
---------------------------------------------------------------------------------------


Wasalam

p/s : share from blogger lain :)

14 November 2011

Maaf awak :)

Assalamualaikum...
En.SMF dgn ini kite nak mintak maaf byk2 kt awak...
Kite selalu wat awak risau, wat awak penin2 kepala...
Selalu jgk xdengar kata, nak sedih2 sesuka hati kite...
pastu konon2 ckp ngntok dan pergi tido...
padahal mana boleh tido dgn tenang kalau ade msalah...
mtk maaf taw awak...kite syg awak..

sorrry
sorrry
sorrry

(^_^)(^_^)(^_^)




07 November 2011

Satu ketika....

Assalamualaikum...
Lambatnye aq update pasal bercuti aritu..
29 & 30 bulan 10..
aq membawa diri ke Mersing Johor
Niat sebenar nak melawat kawan kat sana &
nak hantar baby2 kepada tuannya ^_^

Nak ikotkan dah lama jgk xpegi pantai
kebetulan plak g Mersing
Plan nak g tgk sunset..mesti sweet je..
tapi lambat sampai so yang tinggal sunsweet je..hahaha
xdapat pon tgk..sampai pantai dah malam
cume lepak2 kt tepi pantai...
serius sangat2 tenang...
semua org pon mesti suke g pantai kan
kalau ade yang xsuke pon mgkin sbb 
penah kene gigit dgn ketam... :p

Ape yang best???
1st of all bila dpt kenal Rizaini dgn lbh rapat
mse kat kolej aq xpenah bebual sgt dgn die
but bile dah g umah die...terharu sgt...
lagi2 bila aq bleh panggil mak ayah die dgn panggilan
"mak and abah"
dpt kenal sorang yang gila2 tapi periang mcm die..
thanks soo much dear ^_^
u mean a lot to me, intan & nurul (intan kecik) hehe

kitorg g Air Papan, Mersing
Teluk Gorek, Mersing
Pasir Lanun, Mersing
so korang boleh tgk kegembiraan kitorg 
and jgk kegilaan kitorang semua
dgn gambar2 kat bawah ne......

bebas please :)

once upon a time

kamu yang bawa ku terbang ^_^

sahabat untuk selamanya

chalet..shantekk

gulp gulp..panasssssss

made by me :)

ehem ehem *_^

selaut kebiruan....

taken already....

SMF love u!!!

ketenangan.....

me with intan....

peace.........

Especially for En.Boyfren ^_*

gemoknye anak org ne..=.='

buai laju-laju :)

overnight :p

fren 4eva :D


Satu percutian yang singkat
Tapi full of knangan & kegembiraan...
Insyallah akan sampai lagi ke sana :)
Mak & abah thanks masak best2 untuk kitorg...
kalau stay seminggu mesti jadi tong air dah ^_^



Wasalam :)


02 November 2011

1st November = 3rd Month

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti



Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu


Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu ku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu






Dear Safwan Muhammad Faiz,
Trime kasih byk2 sbb byk sabar selama ne
Hopefully this relationship lasting 4 ever
I really appreciated your honesty
Miss you soo much
Take care
(^_^)(^_^)


Wasalam...

28 October 2011

Transformasi :)

Assalamualaikum..hellowww semua (^_^)
semua org mesti ade perubahan dlm hidup kan
Selama 20 tahun ne xpernah pon aq cek mata
Xpenah taw pon kalau rabun ke x
selama ne pon xpenah rasa kabur2 ayam
walaupun terpakse baca tulisan cacing tanah
still okeh lagi la kan..tapi lately kalau ngadap laptop ne
mata pedih2 plak...sakit3..
pergi lah cek mata kat kedai cermin mata BAN
owwwwhhhh....rupe2nye saye rabun jgk =.='
Hai cik abang (^_^) sye join club kamu yer..hehe
tapi tapi tapi tapi tapi
arghhhhhhhhhhhhh.....xbiase la plak pkai spec ne
Macam penin3 lalat...nenonenoneno
perlukan masa untuk biasakan.. =.='

our love for you :)

my love for you :)

pergi fotostat akk tu panggil cikgu
pergi kampung pakcik tu kte doktor..
kite PPKP je la :)


Bye2
Wasalam..


p/s: pusing2 kepala penin~~~cik abg kite rindu awk.. 

14 October 2011

Hanya dia!!

Assalamualaikum,eh dah malam baru nak update blog kan.huhu
rasa nak update pasal adik ku sedarah sedaging yang satu satunye ne..
SITI NADIA BINTI MD BARKAWI & LAHIR PADA 14 MEI 2002
Now die baru 9 tahun, beza kami xla jauh sgt.. 11 TAHUN je..
Seperti biase kpd korang2 yang dapat adik lambat mesti ade rase jeles
Kalau xbyk pon, sikit mesti ade la kan..kalau xsegenggam mungkin sekelumit saja.hee

sejujur dan seterang terangnye memg kitorg la paling kuat bergaduh
GADUH disini bukan bermakna kami main tikam2, 
sepak terajang ataw bentes kaki slh sorg sampai tergolek
gaduh kitorg gaduh2 manja..
paling2 pon men tarik2 rambut ataw baling2 bantal
rebut-rebut anak patung angah sampai nk tercabut telinga dia ^_*

Hari-hari adik memg akan ude die ne naik hantu
tapi bukan jadi hantu yer (eh hari ne khamis mlm jumaat) jaga2 
antara kelakuan adik yang boleh buat aku rasa nak sekeh2 die adalah:
- berebut bilik air bila die sesuka suki rasa nak mandi
- die susun semua buku2 teks die kat depan tv
- cakap tanpa henti hingga buat kami sekeluarga rasa nak pitam
- suruh teman g toilet!! padahal toilet dalam rumah weh! agagaga
- setiap malam keje goreng telur sebelum tidor!! org ke beruang ne..haha
- suke tepon bila ude kuar.katanya balik cpt..nnti xde org nak bukak pintu.
- fobia tido sebelah die sbb die tendang mcm nak bunuh orang.
- bila kata adik xfaham bahasa ke? die jawab "pemahaman adik dapat B"...argghh
- suke ulang2 "ehh mak marah mak marah xbolehhhhh"
- die kata ude PENAKUT sbb terkantoi aku lari lepas tutup semua lampu..
- bila die tanya "ude nak adik teman ke???" X inginnnnnnnnnnn..wekkkk :p

sebenarnye banyak lagiiiiiiiiiiiiiiii.................

Tapi air dicincang tak kan putus right??
Nak marah, geram, semua pon boleh tapi kejap je...
bila dpt Aiskrim Malaysia tu reda la marah nnti.. ^_^
Hari ne adik dah berjaya buat ude gila 
bila die membebel tanpa henti sambil buat keje sekolah..
Ditambah pula bila die asyik menjuling-julingkan matanya
Berbangga kerana ude X RETI nak buat pon.. =.='
Jaga lah kau dik,, xboleh makan agar2 ude yang sedap tu..haha 

sempat jgk amik gmbar die tgh khusyuk study...
and of cos gambar die bersama matanya yang juling..
ehhhhhhhhh...matanya yang dijulingkan itu.... 





Sekian..
Wasalam...

p/s: adik baru balik mengaji ^_^

11 October 2011

YoghurtLicious

Menikmati YoghurtLicious perisa Peach Mango

Plus grapes, marsmallow, chocolate appollo, nata de coco


wuuuuuu....sejuknye....
tapi sedapppp.......
masam2 manis....wuwuwuwu

SELAMAT MENCUBA

Wasalam.....

10 October 2011

To Love

To love someone is 

To understand each other,

To laugh together, 

To smile with your heart,

and 

To trust one another.

One important thing is 

To let each other go

If you can't do this.

^_^


p/s: miss him so much...please take care urself...selamat bertugas -----<@

04 October 2011

Juz a mesej ^_^

Sometimes hanya sbb satu mesej kite akan ingt seseorg tu sampai bila2
Walaupun kadang2 die cume say " Just be strong" atau "Take care yourself"
bak kata kawan se'praktikal aq....alamak melting kiteee ^_^
dan dgn satu mesej dari die boleh kuatkan balik semangat kite
bila kite rasa down and mengharapkan ade org yang boleh wat kite cool..
and kite dpt yakinkan diri kite yang masih ade org amik tahu pasal kite
and nak tgk kite happy mcm selalu ^_^

Sekian
Wasalam
~~~~~~~~~~~
p/s: membelek fon dan mesej kamu membuat sye tersenyum..melting jap ^_^